Isnin, 10 Januari 2011

Care For LUPUS

TENTANG LUPUS...

Apakah Lupus?
Lupus adalah penyakit peradangan kronik yang boleh mengenai kulit, sendi, ginjal, paru, susunan saraf dan alat tubuh yang lain. Gejala tersering adalah tompok kulit, artritis (radang sendi) sering disertai lemah badan dan demam. Perjalanan penyakit Lupus pelbagai dari ringan sampai berat berselang seli sembuh dan sakit. Lupus terutama diderita oleh wanita pada masa subur (wanita 10 kali lebih kerap daripada lelaki).

Apa penyebab Lupus?
Punca lupus masih belum dijumpai. Tetapi terdapat beberapa faktor risiko iaitu genetik (keturunan) dan persekitaran yang menyebabkan lupus. Faktor persekitaran yang dianggarkan sebagai penyebab adalah ubat-ubatan, racun, makanan dan sinar matahari.

Bagaimana gejala lupus?
Gejala lupus bermacam-macam, oleh kerana itu doktor terkadang susah untuk mendiagnosis penyakit ini. Biasanya diawali dengan lemah badan, demam dan nyeri pada sendi dan otot. Kadang gejala ini disalah ertikan dengan selsema yang berulang.
Lupus boleh mengenai pelbagai alat tubuh. Gejala yang dirasakan adalah:
Sistem otot dan tulang: Sakit pada sendi pada kedua sisi (kiri atau kanan) tanpa merosakkan sendi. Sering mengenai tangan, lutut dan pergelangan tangan. Kadang disertai dengan rasa lemas dan nyeri pada otot.

Kulit dan rambut: Penglibatan kulit berlaku 90% pesakit lupus. Secara klasik boleh didapati kemerahan pada wajah (malar rash) yang dicetuskan oleh pendedahan sinar matahari. Selain itu juga didapati lesi diskoid pada kulit. Rambut terutama pada dahi menjadi gugur. Lesi kulit dan rambut dapat dihilangkan dengan rawatan yang baik.
Ginjal: Kerosakan buah pinggang didapati pada hampir semua pesakit lupus. Jika kerosakannya berat maka diperlukan rawatan imunosupresif. Untuk itu penting kiranya menyemak urin secara berkala kerana stadium awal dari kerosakan buah pinggang ditandai dengan adanya protein dalam urin.
Jantung dan pembuluh darah: Kerosakan jantung yang diderita pesakit lupus berupa cairan pada selaput jantung, vegetasi pada injap jantung, perkapuran (aterosklerosis) pada pembuluh darah dan nyeri pada hujung-hujung jari dna perubahan warna menjadi putih kebiruan jika terkena udara sejuk dan emosi yang meningkat yang disebut fenomena Raynaud.
Susunan saraf: Gangguan otak, saraf dan kejiwaan didapati pada 15% pesakit lupus. Kelainan dapat berupa kejang, kelemahan otot, kemelesetan, gelisah dan stroke.
Paru: Sesak nafas yang dirasakan pada penderita lupus boleh disebabkan oleh adanya cairan pada selaput paru-paru dan juga akibat jangkitan paru (pnemonia).
Darah: Hampir setengah pesakit lupus menderita anemia. Selain itu terdapat jumlah trombosit dan lekosit yang rendah daripada orang sihat. Hal ini boleh menyebabkan pendarahan dan mudah dijangkiti.
Mata: Kerosakan mata jarang didapati pada pesakit lupus. Kerosakan retina boleh berlaku akibat rawatan lupus dengan menggunakan ubat anti malaria (Chloroquine). Jika anda menggunakan ubat sejenis ini maka diperlukan kawalan yang teratur ke dokter mata.

Berikut ini kekerapan gejala yang sering dialami pesakit lupus:
- Nyeri sendi (95%)
- Demam (lebih daripada 38 C) 90%
- Bengkak Sendi 90%
- Lemah Badan 81%
- Kemerahan pada kulit 74%
- Anemia 71%
- Kerosakan buah pinggang 50%
- Nyeri dada semasa bernafas (Pleuritis) 45%
- Malar rash (bercak pada wajah) 42%
- Fotosensitif 30%
- Rambut gugur 27%
- Gangguan pembekuan darah 20%
- Fenomena Raynoud 17%
- Kejang 15%
- Sariawan 12%

Bagaimana diagnosis lupus?
Jika seseorang diduga menderita lupus, maka perlu dilakukan pemeriksaan makmal untuk membuktikan diagnosis tersebut. Pemeriksaan makmal juga berguna untuk memastikan alat tubuh apa saja yang terkena. Pemeriksaan yang sering dilakukan adalah antinuclear antibody (ANA) dan anti-double stranded DNA (drDNA) dan anti-smith antibodies (Sm). Pemeriksaan makmal akan dipadukan dengan pemeriksaan klinikal doktor untuk menyatakan apakah menderita lupus atau tidak dan seberapa jauh kerosakan alat tubuh yang terjadi akibat lupus.

Apa penyebab lupus menyerag kembali?
Lupus boleh dicetuskan oleh paparan sinar matahari dan jangkitan. Jika lupus kembali akan timbul kemerahan pada wajah atau kulit yang lain dan kemudian berlaku pula gangguan pada alat tubuh-alat tubuh yang lain. Terkadang lupus dicetuskan oleh kehamilan dan persalinan. Oleh kerana itu penting untuk berunding dengan doktor jika tidak dapat mengelakkan paparan sinar matahari, terkena jangkitan (contohnya: batuk selsema yang tidak sembuh-sembuh), sewaktu hamil dan akan menjalani persalinan.

Bagaimana mengubati lupus?
Perubatan lupus bergantung dari berat-ringannya dan alat tubuh mana yang terkena. Untuk itu diperlukan pemeriksaan perubatan secara berkala. Jika terdapat gejala ringan dapat diberikan ubat anti inflamasi non steroid (OAINS) dan anti malaria (seperti Chloroquine). Jika terdapat gejala yang berat dab berisiko mengancam jiwa, maka diberikan Steroid (seperti prednison, Metilprednisolon) dan ubat imunosupresif (seperti azathioprine, cyclophosphamide, mycophenolate mofetil dan cyclosporine).
Ubat-ubat tersebut memang berguna untuk mengubati lupus, tetapi mempunyai beberapa kesan sampingan. Efek samping yang ditimbulkan pelbagai dari ringan sampai berat dan kadang-kadang baru dirasakan setelah jangka masa yang lama.

Efek samping yang sering dirasakan adalah:
- Nyeri ulu hati
- Mual dan kadang disertai muntah
- Tekanan darah tinggi
- Berat badan meningkat
- Muka menjadi bulat
- Osteoporosis
- Rambut gugur
- Meningkatnya risiko jangkitan (contohnya: tuberkulosis)
Setelah perbaikan, maka dos dan jenis oabat akan dikurangkan secara berperingkat.

Apa hubungan kehamilan dengan lupus?
Lupus sendiri tidka mengganggu kesuburan wanita penderitanya, tetapi jika salah satu ubatnya mengandungi siklofosfamid, maka boleh berlaku risiko infertilitas. Berbanding dengan wanita pada umumnya, pesakit lupus mempunyai risiko yang lebih tinggi sedikit untuk terjadinya keguguran dan kematian janin dalam kandungan. Namun demikian, sebahagian besar pesakit boleh mempunyai anak dengan selamat. Perancangan kehamilan perlu ditetapkan. Kehamilan ditetapkan pada saat aktiviti lupus yang paling rendah. Kehamilan pada lupus dapat dijalani dengan aman dan tidak perlu digugurkan kecuali jika lupusnya berat dan mengenai sistem darah, ginjal atau susunan saraf pusat. Pada saat hamil terdapat ubat-ubat lupus yang perlu dielakkan seperti: cyclophosphamide, cyclosporine dan mofetil mycophenolate. Memang ada risiko terjadi peningkatan aktiviti penyakit lupus pada awal kehamilan dan saat persalinan tetapi pada umumnya dapat dikawal dengan ubat-ubatan yang selamat terhadap janin dalam kandungan. Oleh kerana itu penting untuk memeriksakan diri secara berkala pada doktor kandungan dan 'doktor lupus'.

Bagaimana hidup dengan Lupus?
Walaupun rawatan lupus sudah mengalami kemajuan yang pesat sejak tahun 1995, namun sebagai penyakit kronik lupus boleh menyebabkan keterbatasan aktiviti atau kemampuan hidup mandiri. Penyakit lupus bersifat dinamik, boleh terkawal namun sewaktu-waktu dapat menajdi berat. Gejala-gejala yang dialami boleh dalam bentuk ringan seperti sakit-sakit badan, lemah dan mengganggu aktiviti serta menurunkan high hidup.Jika hal tersebut terjadi, maka jalan yang terbaik adalah menjalani ikhtiar rawatan secara teratur, berunding dengan doktor secara aktif, dan berupaya terus mengenal dan memahami serta menjadikan lupus sebagai sahabat.
Pesakit lupus boleh mengalami gangguan mental emosional seperti kecemasan, menjadi sensitif dan cepat tersinggung, depresi dan berputus asa. Untuk mengatasinya diperlukan eratnya kerjasama doktor-pesakit yang baik dan sokongan dari keluarga dan teman dekat serta institusi tempatnya bekerja atau sekolah.

Tetaplah melakukan aktiviti, dan melakukan olah raga teratur yang disesuaikan dengan keadaan serta mengurangkan terkena paparan terik matahari. Hal ini boleh diselidiki dengan menetapkan masa olah raga, baju tangan panjang dan menggunakan topi atau tabir surya. Olah raga penting dilakukan untuk mengelakkan komplikasi penyakit kardiovaskular dan osteoporosis yang diakibatkan oleh lupus dan terapi steroid.

Perlu diketahui bahawa sebahagian Kurang lupus dapat hidup normal tanpa ubat dengan mengelak dari faktor pencetus dan mengatur pola hidup sihat. Sebahagian lagi dapat beraktivitas normal, namun dengan dipayungi ubat-ubatan untuk mengawal aktiviti sistem imunnya. Sebahagian kecil memang harus menyekat aktiviti sambil terus menjalani rawatan, kerana terdapat gangguan pada berbagai organ tubuh yang vital.

Bila berkonsulatsi dengan doktor?
Selain berunding secara teratur dengan doktor, perlu diperhatikan gejala-gejala yang perlu segera dikonsultasikan, iaitu:
- Demam tinggi
- Sakit kepala berat
- Terdapat darah pada urin
- Nyeri dada
- Sesak nafas
- Bengkak pada kaki
- Kelemahan pada anggota gerak
- sakit perut yang hebat
- sakit sendi yang tidak biasa
- masalah penglihatan
- Keguguran yang berulang


"CARE FOR LUPUS YOUR CARING SAVE LIFE"

Ahad, 3 Oktober 2010

Apa itu Saka??



 "Dan Kami turunkan dari Al-Qur'an sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman" (Qs:Al-Isra:82)


Ilmu Saka Boleh Sakiti Orang Lain Dan Diri Sendiri

Membicarakan tentang SAKA adalah satu perkara sensitif. Sesuatu yang tidak nampak dan tidak mudah untuk diyakini. Masyarakat melayu memahami saka sebagai ilmu yang diperturunkan atau dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya daripada ibu ataupun bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucu atau cicitnya, ataupun ilmu yang dipusakai daripada seorang bapa saudara kepada anak saudara atau kepada seseorang yang berada dalam lingkungan keluarga.
Yang dimaksudkan dengan ‘ilmu yang dipusakai’ itu ialah ilmu yang ada kaitan dengan jin-jin, sama ada jin berkenaan dibela, dibuat sahabat ataupun dibuat saudara, disedari atau tidak disedari. Dengan perantaraan makhluk tadi, waris berkenaan berupaya melakukan rawatan penyakit, menilik dan sebagainya dalam keadaan menurun atau tidak menurun. Hasil daripada penglibatan makhluk ini juga waris adakalanya melibatkan diri dengan ilmu kebatinan mempertahankan diri seperti ilmu amalan wali suci, budi suci dan lain-lainnya atau ilmu kebatinan yang dinamakan amalan Al-Fatihah, silat syeikh, amalan sinar Islam dan sebagainya.
Amalan kebatinan mempertahankan diri ini juga melibatkan ilmu kebal, ilmu penggerun, ataupun amalan yang lebih bersifat peribadi seperti ilmu seri muka, ilmu kebidanan tradisional atau ilmu andaman tradisional. Pemilik saka yang melibatkan ilmu perbomohan ataupun dukun yang diwarisi oleh seseorang akan membolehkan pewaris memiliki kebolehan untuk melakukan rawatan dan sebagainya yang berkaitan dengan ilmu kebatinan seperti yang pernah dilakukan oleh pewaris tadi, berupaya melakukan rawatan dalam keadaan menurun biarpun dia tidak pernah mempelajari ilmu kebatinan yang khusus.
Dari sinilah lahirnya orang yang tidak sedarkan diri atau separuh tidak sedarkan diri, menurun lalu melakukan rawatan, berupaya menilik sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan sebagainya. Hal demikian berlaku kerana makhluk tadi meresap dalam tubuh orang berkenaan, menguasai otak, jasad, lidah dan pergerakkan lalu menggunakan jasad manusia untuk bertindak.
Keadaan seperti ini dikenali sebagai ‘menurun’ dimana makhluk halus tadi telah menurun atau meresap dalam tubuh manusia lalu bertindak melakukan sesuatu menurut tujuan asal makhluk ini meresap dalam tubuh manusia. Pelbagai natijah luar biasa (nadir) mencarik kebiasaan adat dan tidak dapat difikiri oleh akal punca dan sebab musabab berlaku seperti yang dijelaskan. Iaitu boleh melakukan rawatan, menilik benda-benda ghaib, menjadi kebal, digeruni, mengangkat benda-benda berat dan sebagainya yang tidak upaya dilakukan oleh manusia biasa.
Makhluk yang berdampingan itu dalam proses masa tertentu menjadi sebahagian daripada dampingan manusia menyebabkan orang yang seumpama ini berupaya melakukan sesuatu yang tidak upaya dilakukan oleh manusia biasa. Jin atau makhluk halus yang dibela oleh manusia, pada kebiasaannya memerlukan manusia yang biasanya terdiri daripada kaum keluarga atau terus berdampingan dengan manusia setelah tuan yang asal tadi meninggal dunia. Makhluk yang seperti inilah yang dinamakan SAKA yang diperturunkan dari satu generasi kepada generasi berikutnya.
Penurunan saka boleh berlaku dengan sengaja atau tidak sengaja. Dilakukan dengan sengaja apabila seseorang itu secara berterangan menyatakan pada waris tertentu seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau berkelayakkan mewarisi ilmu pemiliknya yang dimiliki selama ini. Apabila orang yang berkenaan menyatakan kesanggupannya menerima, maka bermula dari tarikh itu dia telah mewarisi saka tadi.
Penurunan saka juga boleh berlaku secara tidak langsung apabila seseorang waris itu menerima barang-barang tertentu, yang pada kebiasaannya terdiri daripda keris, lembing ataupun tombak atau objek lain seperti tangkal, azimat, batu geliga, akik dan sebagainya.
Penting
Objek-objek tersebut pada zahirnya merupakan benda yang dapat dipegang dan dirasa dengan tenaga atau dilihat oleh pancaindera. Objek tersebut hakikatnya adalah merupakan lambang, dimana disebalik lembing atau batu geliga atau lain-lain objek tadi terdapat jin atau jin-jin berserta dengannya. Penurunan kaedah kedua ini biasanya berlaku setelah pewaris meninggal dunia dimana barang-barang tadi menjadi barang peninggalannya si mati (pewaris).
Objek-objek ini terutamanya keris pada kebiasaannya dilangiri dengan air limau nipis pada malam-malam tertentu seperti malam Jumaat, sebulan sekali atau di malam Jumaat awal Muharram setiap tahun ketika bulan penuh dan dipersapkan dengan kemenyan.
Limau nipis merupakan satu bahan penting yang sering digunakan dalam pelbagai upacara amalan kebatinan termasuk perubatan melayu tradisional untuk memutus ubat, mandi perajan, mandi membuang sial badan dan sebagainya. Kaedah atau upacara melangiri senjata mungkin diketahui melalui pengajaran oleh pewaris ataupun melalui mimpi.
Apabila seseorang itu menerima saka tadi, tidak kira samaada pada asalnya pewaris itu redha atau tidak lalu akhirnya tunduk menerima dan melakukan upacara atau syarat-syrat yang diajar secara langsung atau tidak langsung termasuk ketika mimpi, makhluk tadi akan semakin rapat dengan ‘tuan’ barunya yang boleh ‘diperintahkan’ melakukan sesuatu. Iaitu untuk tujuan rawatan seperti yang dijelaskan. Untuk membinasakan lawan atau orang lain dengan permintaan pelanggan yang datang menemuinya.
Dari sinilah lahirnya pelbagai jenis amalan kebatinan seperti ilmu pengasih, ilmu penunduk, ilmu seri muka, ilmu pemisah iaitu untuk memisahkan antara suami isteri, ilmu pelalau iaitu ilmu menyebabkan seseorang itu tidak kira lelaki atau perempuan tidak mendapat jodoh atau premis perniagaan yang tidak didatangi oleh pelanggan.
Termasuk dalam ilmu kebatinan ini ialah khidmat daripada pemilik saka yang boleh digunakan untuk menyakiti seseorang yang boleh menyebabkan seseorang itu tidak normal atau bertindak seperti orang yang tidak waras, santau dan sebagainya. Semua amalan ini termasuk dalam kategori ilmu sihir iaitu tindak tanduk manusia yang melibatkan jin-jin atau yang dikenali sebagai makhluk-makhluk halus. Perlu dijelaskan bahawa amalan sihir adalah salah satu perbuatan dosa besar yang membinasakan.

Ilmu Yang Diwarisi Melalui Saka Ada Dua Jenis
Jenis Pertama
Adalah seperti yang dijelaskan diatas yang ada kalanya boleh digunakan untuk sesuatu yang dianggap boleh memberi manfaat seperti untuk tujuan rawatan, ilmu pengasih, digunakan untuk mencari barang hilang dan sebagainya. Selain mencari barang hilang saka juga boleh digunakan untuk mencuri barang kepunyaan orang lain seperti mencuri wang, barang kemas, pakaian termasuk seluar dalam dan baju dalam. Terlalu banyak hadis membicarakan tentang keupayaan jin-jin yang mencuri bahan makanan iaitu kurma dizaman Nabi s.a.w.
Selain boleh ‘digunakan’ untuk tujuan yang dijelaskan tadi, makhluk ini juga sering menyakiti orang lain, jiran-jiran termasuk kaum keluarga tuan saka tadi malah dalam keadaan tertentu makhluk ini boleh menyesatkan iman si empunya diri yang dianggap sebagai tuan tadi akan menyerang tuannya terutama ketika telah uzur,sakit atau ketika tua.
Orang Melayu yang memahami hal-hal yang berkaitan dengan saka ini sering beranggapan bahawa makhluk ini seumpama tidak terkawal apabila tuannya meninggal dunia dan tidak ada dikalangan keluarga yang sedia untuk mengambil alih peranan yang dimainkan oleh pewaris selama ini. Keadaan akan menjadi redha apabila salah seorang daripada waris sudi menjadi tuan kepada makhl;uk ini.
Anggapan ini ada kebenarannya tetapi pada hakikatnya biarpun makhluk ini mempunyai tuan baru ia tetap menjadi masaalah kepada manusia terutama kepada keluarga yang terlibat kerana antara tujuan utama iblis dan syaitan itu ialah untuk menyesatkan manusia seberapa banyak yang boleh agar mereka dapat masuk keneraka bersamanya.

Jenis Kedua
Saka ataupun penyakit yang diwarisi daripada seorang pewaris kepada seorang atau beberapa orang waris akibat daripada gangguan atau serangan iblis dan syaitan yang berlaku turun temurun. Bermaksud sekiranya seorang pewaris itu sakit, sakit yang sama akan dideritai oleh wrisnya.
Pada kebiasaannya sakit yang berpunca daripada saka tidak kira samada saka jenis pertama atau kedua adalah sama. Senagai contoh sekiranya seseorang itu tidak boleh tidur malam, selalu termenung, berasa sakit kepala seperti dibaji-baji lalu dia menghantuk-hantukan kepala maka keadaan yang sama akan dialami oleh keturunannya atau mereka yang diserang oleh saka tadi yang terdiri daripada kaum keluarganya.

Antara kesan buruk ialah pewaris akan menghadapi seksaan amat perit ketika hendak mati kerana roh sukar keluar

Itulah proses permulaan bagi mendapatkan saka dan rentetan daripada perjanjian itu, syaitan akan sentiasa mendampingi tuannya sehingga manusia terbabit boleh menggunakan kebolehan makhluk halus itu untuk kepentingan dirinya. Pengamal Perubatan Islam Darussyifa’ di Bangi, Selangor, Mohd Fauzi Mustaffa, berkata saka adalah antara perbuatan ‘ilmu hitam’ yang sudah lama wujud dan diamalkan individu tertentu di dunia ini termasuk di Malaysia. Beliau berkata, kebiasaannya manusia terbabit menggunakan bantuan jin untuk pelbagai kepentingan seperti ingin menjaga keselamatan diri, ahli keluarga dan harta; menjadi kuat, berharta, disayangi atau digeruni ramai pihak selain mahukan makhluk ghaib itu membantunya bekerja di ladang atau lautan..
 “Pada mulanya memang saka ini kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya contohnya untuk melindungi diri, keluarga serta harta benda dan sebagainya tetapi itu semua hanyalah tipu helah saka bagi menyesatkan manusia. “Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul pada masa panjang dan kemuncaknya menyebabkan manusia itu melakukan dosa besar iaitu syirik kepada Allah SWT,” katanya.
Beliau berkata, antara kesan buruk memelihara saka adalah pemiliknya akan menghadapi seksaan yang amat perit ketika hendak mati kerana roh mereka sukar untuk keluar daripada jasad menyebabkan mereka terseksa sehingga menemui ajal. Katanya, situasi lebih dahsyat berlaku apabila ada kes di mana pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya.
Keadaan itu menyebabkan saka berkenaan ‘menumpang’ pada jasad tuannya sehingga pemilik saka itu kelihatan seolah-olah masih hidup dan bergerak walaupun dia sebenarnya sudah meninggal dunia.
Lebih membimbangkan adalah jin yang menjadi saka juga boleh mencemari maruah keluarga pemiliknya dengan mengadakan hubungan kelamin bersama isteri atau anak perempuan tuannya. Gangguan saka juga menyebabkan seseorang mengalami penyakit misteri yang amat menyeksakan.
Mohd Fauzi berkata, syaitan sememangnya gembira apabila ada manusia yang menyeru untuk berdamping dengan mereka kerana mereka mahu menyesatkan manusia seperti firman Allah menerusi surah al-Hijr, ayat ke-39: “Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau memutuskan aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka (manusia) memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya.”
Beliau berkata, antara syarat yang perlu dipatuhi pemilik saka adalah jin berkenaan perlu diwariskan kepada individu lain apabila pemiliknya hampir menemui ajal selain pemilik perlu menjamu saka peliharaannya dengan darah, kemenyan atau sebagainya.
Katanya, saka adalah masalah gangguan makhluk halus yang kerap ditemui pengamal perubatan Islam, selain sihir dan santau malah berbanding sihir dan santau, saka paling sukar dan memakan masa untuk diubati; lebih lama seseorang itu berdampingan dengan saka, lebih sukar untuk membuangnya.
Masalah gangguan saka semakin menjadi-jadi apabila pemilik berkenaan meninggal dunia tanpa sempat mewariskan saka berkenaan menyebabkan jin berkenaan akan merewang serta mengganggu dan menyakiti ahli keluarga dan orang lain. “Sesetengah anak yang mewarisi saka pula tidak mengetahui apakah syarat dan pantang larang ketika perjanjian dimeterai menyebabkan mereka tidak menunaikan perjanjian itu seperti tidak menyediakan makanan kepada jin terbabit menyebabkan makhluk itu akan mengganggu dan menyakiti mereka kerana marah,” katanya. Mohd Fauzi berkata, hukum mengguna atau mewarisi saka adalah haram dalam Islam seperti firman-Nya: “Dan hari (kiamat) Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): ‘Wahai golongan jin (syaitan), sesungguhnya kamu banyak (menyesatkan) manusia’, lalu berkatalah sahabat mereka dari golongan manusia: ‘Wahai Tuhan kami, sesungguhnya sebahagian kami sudah mendapat kesenangan dari sebahagian yang lain (jin) dan kami sampai kepada masa yang Engkau tentukan bagi kami (hari pengadilan)’.
 “Allah berfirman: ‘Neraka itulah tempat diam kamu sedang kamu kekal didalamnya, kecuali kalau Allah menghendaki (yang lain)’. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui,” (surah al-An’aam: 128).
 Sehubungan itu, ahli keluarga lain atau sesiapa saja dilarang menerima warisan saka daripada pemilik asal dan bagi mereka yang sudah menerima, perlu diusaha untuk memutuskan hubungan dengan makhluk terbabit. “Untuk merawat atau membuang saka pula, pesakit perlu dirujuk kepada pengamal perubatan Islam yang berlandaskan al-Quran dan sunnah serta mengelak daripada berjumpa bomoh atau pengamal perubatan yang berasaskan jin,” katanya. Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah, Dr Jahid Sidek, berkata bagi mengubati manusia yang diganggu saka, rawatan perlu dilakukan daripada ‘atas ke bawah’ iaitu menyembuhkan datuk atau bapa terlebih dulu kerana tanpa berbuat demikian, gangguan itu berterusan kerana puncanya berada ‘di atas’. “Contohnya seorang pesakit saya iaitu kanak-kanak mengalami sakit pelik dan gatal seluruh badan; apabila berjumpa dengan doktor dan diberi ubat, gatal itu semakin merebak. Apabila dibawa berjumpa saya, saya dapati jin yang menyebabkan sakit kepada si anak berada di tubuh bapanya. “Walaupun yang sakit adalah anak dan bapa pula sihat seperti biasa, rawatan perlu dilakukan terhadap bapa dan selepas dirawat, alhamdulillah si anak turut sembuh,” katanya yang menjalankan rawatan di pusat perubatannya di Batu 7, Kuang, Selangor. Beliau yang juga bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, berkata selain memberi kelebihan kepada tuannya, saka juga menjaga harta dan barang pemiliknya menyebabkan gangguan boleh berlaku jika barang pemilik saka dimiliki orang lain. “Itulah sebabnya jika ingin mengubati kes gangguan saka, barang pemilik saka perlu dibuang terlebih dulu; kadang-kadang timbul masalah apabila barang itu dijual kepada orang lain yang tidak mengetahui menyebabkan orang itu diganggu saka berkenaan,” katanya.
Fakta SAKA:
  • Syaitan adalah jin yang kafir dan ketua syaitan adalah Iblis.
  • Kaedah mengubati gangguan atau membuang saka harus dirujuk kepada pengamal perubatan Islam yang berlandaskan al-Quran dan sunnah. Mengubati sihir dengan menggunakan sihir (nushrah) seperti mengunjungi pengamal perubatan yang menggunakan jin untuk mengubati gangguan makhluk halus adalah haram.
  • Saka yang dipelihara wanita digelar ‘pelesit’ dalam budaya Melayu manakala yang dipelihara lelaki digelar ‘hantu raya’. Hantu raya terdiri daripada jin berjenis Ifrit (golongan jahat).
  • Antara kaedah memperkuatkan pertahanan diri bagi menghadapi gangguan saka dan makhluk halus adalah mengamalkan bacaan ayat kursi, membaca doa menghalau syaitan (al-Mukminum: ayat 97 dan 98), sentiasa membaca al-Quran dan ta’awwuz selain kuat beribadat kerana syaitan akan berasa panas apabila berhadapan dengan mereka yang mengamalkan kaedah berkenaan.
  • Jin yang tidak begitu kuat boleh ditangani dengan garam dan cuka.
  • Dalam kebanyakan kes, antara barang tuannya yang dijaga saka tetapi dijual kepada orang lain termasuklah barang antik dan bersejarah malah ada juga hiasan berupa tulisan ayat al-Quran.

INFO: Saka 

o    Saka adalah amalan mewarisi jin atau syaitan untuk membolehkan makhluk halus itu memberikan pemiliknya pelbagai kekuasaan ghaib seperti kekuatan luar biasa, kecantikan, pengaruh dalam masyarakat dan pelbagai lagi.
o    Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah syirik dan haram di dalam Islam.
o    Jin yang menjadi saka boleh memperdaya tuannya seperti menjelma di dalam mimpi sebagai seorang yang warak dan kuat beribadat. Akan tetapi ia bagi memastikan manusia itu terpedaya dengannya seterusnya sesat dari Islam.
o    Saka tidak semestinya diwariskan kepada saudara sedarah tetapi kepada sesiapa saja dan cara mewariskan saka pula pelbagai antaranya menerusi perbuatan seperti bersalaman, menerusi lafaz atau menyerahkan barang tertentu seperti keris, cincin, azimat termasuk kertas bertulis ayat al-Quran.
 
KAEDAH RAWATAN:

Ada 2 kaedah rawatan yang dialankan:

o    Rawatan seluruh ahli keluarga yang ada saka
o    Terapi secara individu yang diganggu saka
 
1. Rawatan Seluruh Ahli Keluarga Yang Ada Saka:

o    Ini adalah kaedah terbaik untuk menghapuskan saka keluarga terbabit.
o    Rawatan ini membabitkan semua ahli keluarga samada yang telah diganggu saka dan ahli keluarga yang belum diganggu saka terbabit.
o    Ini memerlukan komitmen (kerjasama) dari seluruh ahli keluarga bermula dari datuk, nenek, anak-anak dan cucu-cicitnya 
o    InsyaAllah rawatan ini dapat menghapuskan saka secara keseluruhannya
o    Bagi anda yang ingin medapatkan rawatan, sila hubungi 019-5513304 (Ustaz Hafiz Halim) untuk penjelasan lanjut. 
2. Terapi Secara Individu Yang Diganggu Saka:

o    Rawatan ini khusus untuk individu yang diganggu saka.
o    Proses ini sebenarnya lebih sukar kerana saka biasanya bukan hanya ada pada seorang individu dalam keluarga tersebut.
o    Kaedah ini adalah bagi mereka yang sukar untuk mengumpulkan ahli keluarga untuk buang saka - ini adalah masalah biasa (ada kalangan keluarga yang enggan atau tidak percaya disebabkan tidak ada mengalami sebarang sakit).
o    Untuk rawatan individu, saka yang menggangu individu terbabit dihapuskan.
o    Amalan khusus berserta CD Ruqyah dibekalkan untuk mengekalkan dan mengelak dari gangguan (saka yang berada di samping ahli keluarga yang lain masih ada, ianya berpotensi untuk datang mengganggu).
                                                 Wa Allahu a'lam bissoab

 
Doa adalah sumber kekuatan dalam diri seorang mukmin. Hanya dengan doa semua permintaan kita akan dikabulkan. Banyak-banyaklah berdoa dan yakinlah dengan permohonan yang akan dimakbulkan Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah. Sesungguhnya dengan menggingat Allah, hati kita akan menjadi tenang. Sabar dan ikhlas dalam ujian yang diujikan-Nya kepada kita. Semoga kita termasuk ke dalam golongan hamba-hamban-Nya yang bersabar. Amien.

Jumaat, 6 Ogos 2010

Waspadalah!!

Extreme !!! Inilah Akibat Menggunakan Mouse Dengan Cara Yang Salah !!!

Ternyata kesalahan dalam menggunakan mouse bisa berakibat fatal terhadap tangan kita oleh sebab itu berhati-hatilah bagi anda yang sehari-harinya bekerja di depan komputer. Ikuti cara pemakaian komputer (keyboard, mouse, dan monitor) yang benar dibawah ini. Kesalahan fatal dalam penggunaan MOUSE sehari-hari ini akan berakibat pada otot lengan atau istilah medisnya disebut carpal tunnel syndrome / karpal sindrom.


Bagi anda yang sering menggunakan komputer di rumah, ruko, atau kantor, belajar lah menggunakan komputer yang baik dan benar dengan melihat cara-caranya dibawah.


Berikut adalah foto pembedahan tangan pasien yang mengalami karpal sindrom.


Berikut tata cara pengoperasion komputer dengan benar.


Senam tangan untuk mencegah karpal sindrom
Walaupun akibat carpal syndrom tidak membahaykan jiwa penderitanya dan sebagian besar bisa membaik fisioterapi, akan tetapi dalam beberapa kasus carpal sindrom memerlukan tindakan pembedahan. Beruntung dengan kemajuan ortopedi yang amat pesat, beberapa pasien hanya dibuka kulitnya 1 cm sampai 2 cm saja.

Oleh sebab itu, mari lihat bagaimana cara memakai komputer yang benar. Jangan lup juga untuk menyebarluaskan informasi berharga ini pada teman-teman atau keluarga anda lewat facebook karena ini akan membantu mereka menghindari carpal sindrom.
 
Mudah-mudahan bermanfaat!

Selasa, 27 Julai 2010

Syukuri lah semuanya..

Semoga slalu kuat dan kokoh walau cobaan dan fitnah terus menerjang. Bagi yang sudah pernah membaca artikel ini "Rahasia di Balik Sakit", semoga artikel ini  mengingatkan kembali. Ok, selamat membaca....

Hidup ini tidak lepas dari cobaan dan ujian, bahkan cobaan dan ujian merupakan sunatullah dalam kehidupan. Manusia akan diuji dalam kehidupannya baik dengan perkara yang tidak disukainya atau bisa pula pada perkara yang menyenangkannya.

Allah ta’ala berfirman yang artinya, “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan mengujimu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami-lah kamu dikembalikan.” (QS. al-Anbiyaa’: 35).

Sahabat Ibnu ‘Abbas -yang diberi keluasan ilmu dalam tafsir al-Qur’an- menafsirkan ayat ini: “Kami akan menguji kalian dengan kesulitan dan kesenangan, kesehatan dan penyakit, kekayaan dan kefakiran, halal dan haram, ketaatan dan kemaksiatan, petunjuk dan kesesatan.” (Tafsir Ibnu Jarir). Dari ayat ini, kita tahu bahwa berbagai macam penyakit juga merupakan bagian dari cobaan Allah yang diberikan kepada hamba-Nya. Namun di balik cobaan ini, terdapat berbagai rahasia/hikmah yang tidak dapat di nalar oleh akal manusia.

Sakit menjadi kebaikan bagi seorang muslim jika dia bersabar

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya, “Sungguh menakjubkan perkara seorang mukmin, sesungguhnya semua urusannya merupakan kebaikan, dan hal ini tidak terjadi kecuali bagi orang mukmin. Jika dia mendapat kegembiraan, maka dia bersyukur dan itu merupakan kebaikan baginya, dan jika mendapat kesusahan, maka dia bersabar dan ini merupakan kebaikan baginya. (HR. Muslim)

Sakit akan menghapuskan dosa

Ketahuilah wahai saudaraku, penyakit merupakan sebab pengampunan atas kesalahan-kesalahan yang pernah engkau lakukan dengan hati, pendengaran, penglihatan, lisan dan dengan seluruh anggota tubuhmu. Terkadang penyakit itu juga merupakan hukuman dari dosa yang pernah dilakukan. Sebagaimana firman Allah ta’ala, “Dan apa saja musibah yang menimpamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (QS. asy-Syuura: 30). Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengannya dosa-dosanya. (HR. Muslim)

Sakit akan Membawa Keselamatan dari api neraka

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya,” Janganlah kamu mencaci maki penyakit demam, karena sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan mengahapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi. (HR. Muslim)
Oleh karena itu, tidak boleh bagi seorang mukmin mencaci maki penyakit yang dideritanya, menggerutu, apalagi sampai berburuk sangka pada Allah dengan musibah sakit yang dideritanya.
Bergembiralah wahai saudaraku, sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sakit demam itu menjauhkan setiap orang mukmin dari api Neraka.” (HR. Al Bazzar, shohih)

Sakit akan mengingatkan hamba atas kelalaiannya

Wahai saudaraku, sesungguhnya di balik penyakit dan musibah akan mengembalikan seorang hamba yang tadinya jauh dari mengingat Allah agar kembali kepada-Nya. Biasanya seseorang yang dalam keadaan sehat wal ‘afiat suka tenggelam dalam perbuatan maksiat dan mengikuti hawa nafsunya, dia sibuk dengan urusan dunia dan melalaikan Rabb-nya. Oleh karena itu, jika Allah mencobanya dengan suatu penyakit atau musibah, dia baru merasakan kelemahan, kehinaan, dan ketidakmampuan di hadapan Rabb-Nya. Dia menjadi ingat atas kelalaiannya selama ini, sehingga ia kembali pada Allah dengan penyesalan dan kepasrahan diri. Allah ta’ala berfirman yang artinya, “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus (para rasul) kepada umat-umat sebelummu, kemudian Kami siksa mereka dengan (menimpakan) kesengsaraan dan kemelaratan, supaya mereka memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri. (QS. al-An’am: 42) yaitu supaya mereka mau tunduk kepada-Ku, memurnikan ibadah kepada-Ku, dan hanya mencintai-Ku, bukan mencintai selain-Ku, dengan cara taat dan pasrah kepada-Ku. (Tafsir Ibnu Jarir)
Terdapat hikmah yang banyak di balik berbagai musibah

Wahai saudaraku, ketahuilah di balik cobaan berupa penyakit dan berbagai kesulitan lainnya, sesungguhnya di balik itu semua terdapat hikmah yang sangat banyak. Maka perhatikanlah saudaraku nasehat Ibnul Qoyyim rahimahullah berikut ini: “Andaikata kita bisa menggali hikmah Allah yang terkandung dalam ciptaan dan urusan-Nya, maka tidak kurang dari ribuan hikmah (yang dapat kita gali, -ed). Namun akal kita sangatlah terbatas, pengetahuan kita terlalu sedikit dan ilmu semua makhluk akan sia-sia jika dibandingkan dengan ilmu Allah, sebagaimana sinar lampu yang sia-sia di bawah sinar matahari.” (Lihat Do’a dan Wirid, Yazid bin Abdul Qodir Jawas)

Ingatlah saudaraku, cobaan dan penyakit merupakan tanda kecintaan Allah kepada hamba-Nya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya Allah ta’ala jika mencintai suatu kaum, maka Dia akan memberi mereka cobaan.” (HR. Tirmidzi, shohih). Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami keyakinan dan kesabaran yang akan meringankan segala musibah dunia ini. Amin.

Diagnosa Iridiologi

Bismillahirrahmanirrahim..

“Yang Telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka Lihatlah berulang-ulang, Adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?” Kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itupun dalam keadaan payah. (QS: Al-Mulk: 3-4)

Allah swt menciptakan segala sesuatu di ala mini selalu dalam keadaan seimbang dan berpasang-pasangan satu sama lain. Salah satu bentuk keseimbangan penciptaan Allah SWT terswbut adalah tatkala terjadi kelainan-lelainan atau penyakit pada organ tubuh manusia maka, tanda-tanda kelainan tersebut di tunjukan pada organ tubuh yg lain pada diri manusia.

Iris mata adalah salah satu organ tubuh yang darinya terlihat kondisi organ-organ tubuh yang lain pada diri manusia. Melalui iris dapat tergambar system tubuh, kekuatan dan kelemahan, tahap kesehatan dan perubahan yang terjadi dalam tubuh.

Melalui iris mata kita juga dapat mengetahiu tahap peradangan tubuh, keracunan darah, kolestrol. Kelancaran aliran darah dan berfungsi tidaknya suatu organ tubuh. Melalui urat saraf yang terdapat pada iris mata dapat diketahui apakah seseorang mengalami sembelit, susah buang air besar, keadaan pencernaan makanan, penyerapan nutrient, kekurangan zat makanan,luka dalam usus, kualitas peredaran darah dan sebagainya.

Ilmu yang mempelajari tentang cara mendektasi penyakit dan kondisi organ tubuh melalui iris mata tersebut di kenal dengan iridiologi. Ilmu tersebut telah berkembang sejak berabad-abad tahun yang lalu dan terus berkembang hingga nkini. Berdasarkan pengalaman ahli iridiologi dapat mendektesi sekitar 180 organ dengan ketetapan mencapai 80%. 

SEJARAH IRIDIOLOGI

Pada awal abad ke 18, ignaz Von Peczely dari Budapest, hungaria menemukan seekor burung hantu yang patah kakinya. Tetapi dia melihat ada sebuah goresan yang terdapat pada mata burung hantu itu. Pengalaman itu menginggatkan dia sehingga dia telah menjadi seorang dokter. Secara konsisten dia membuat penelitian terhadap tanda-tanda yang terdapat pada mata yang berhibungan dengan sakit seseorang. Hingga akhirnya terciptalah iridiologi chart yang pertama dan Ignaz Von Perzely dikenal sedabai bapak iridiologi. Hingga kini ilmu iridiologi berkembang pesat di kawasan Eropa dan Amerika. Bahkan sekarang berkembang dikawasan Asia terutama Malaysia. Carta iridiologi adalah sebuah kaedah mendiagnosis penyakit melalui iris mata manusia yang disusun oleh Dr. Bernard Jensen berdasarkan hasil pemerhatian dan penelitian yang dilakukannya selama bertahun-tahun.

PENGERTIAN DAN KAEDAH IRIDIOLOGI

Secara bahasa berasal dari kata ‘iri’ yang bermakna iris mata dan logos yang bererti ilmu. Jadai iridiologi adalah ilmu yang mempelajari tentang iris mata. Adapun secara istilah iridiologi adalah suatu kaedah cara menganalisa penyakit melalui perubahan warna, rupa, bentuk, dan symbol-simbol yang terdapat pada iris mata.

Iris mata manusia dapat menggambarkan sisitem tubuh, kekuatan dan kelemahan, tahap kesehatan (leves of healt) dan perubahan yang terjadi dalam tubuh. Selain iris mata oragan dalam system tubuh manusia juga digambarkan oleh usus. Kedua bagian tubuh manusia ini secara bersama-sama akan menggambarkan keseluruhan organ dalam system tubuh. Setiap perubahan yang terjadi pada organ tubuh akan disampaikan ke otak, selanjutnya segala informasi (berupa keadaan sel dan organ tubuh) yang digambar oleh otak akan dipancarkan ke iris mata hitam. Dalm iris mata manusia terdapat 7 lapisan utama yang merangkum semua fungsi dan organ tubuh. Ketidak seimbangan yang terjadi dalam tubuh manusia dapat diketahui berdasarkan 7 lapisan irs mata tersebut. Mata yang sempurna (strong constitution) menggambarkan system badan yang tidak diserang oleh berbagai penyakit akan Nampak bersih dari tanda-tanda adanya toksid. Tubuh yang sakit pada iris matanya akan menunjukkan tanda-tanda yang tertentu.

KEGUNAAN IRIDIOLOGI

Ada banyak manfaat dan kegunaan yang dapat kita perolehi melalui iridiologi antaranya:

1.       Kondisi tubuh kita. Lemah atau kuat

2.       Bagaimana tubuh badan kita menahan stress

3.       Tingkat kesihatan kita

4.       Potensi kesihatan

5.       Keperluan tubuh

6.       Keperluan nutrisi

7.       Penumpukan racun

8.       Kekuatan saraf

9.       Reaksi tubuh terhadap pengubatan

HAL-HAL YANG TIDAK DAPAT DI DETEKSI MELALUI IRIDIOLOGI

1.       Tekanan darah dan tahap darah kencing

2.       Obat-obat yang di gunakan

3.       Penyakit dari pembedahan/ operasi

4.       Makanan yang diambil

5.       Bila dan bagaimana pendarahan dalam berlaku

6.       Racun dan benda asing yang masuk kedalam tubuh

7.       Penyakit dalam paru-paru

8.       Penyebab rambut gugur

9.       Masalah gigi

10.   Kehadiran logam berat/ mercury

11.   Kehamilan dan penyakit kelamin

12.   Keperluan pembedahan

13.   Tumor dalam organ atau pada tisu

14.   Kehadiran darah beku atau kebocoran darah

15.   Kehadiran batu dalam hempedu atau kandung kemih



FALSAFAH PERUBATAN IRIDIOLOGI

Prinsip perawatan yang diamalkan dalam iridiologi bermula dari dalam ke luar. Maksudnya ialah siapapun yang mengalami masalah kesihatan pertama-tamanya perlu merawat fikirannya agar tenag dan tidaktertekan. Kemudian barulah merawat usus. Perawatan usus ini sangat di utamakan kerana sesuai dengan hadist Rasulullah Saw: “ Semua penyakit bermula dari usus”. Selanjutnya dikuti urat saraf, sebelum membetulkan aliran darah dan selanjutnya adalah merawat organ yang terkena penyakit.

Cara perawatan mestilah dengan menggunakan bahan-bahan alamiah, tanpa menggunakan bahan kimia, dan yang terpenting pesakit harus menerapkan pola hidup yang betul dan serta sentiasa memakan makan yang baik ( thayib) dan halal.

Rasulullah Saw sentiasa menganjurkan umat nya agar tidak makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Selain itu beliau juga menganjurkan agar tidak tergesa-gesa ketika mengunyah makanan secara baik.

Makanan yang baik ialah makanan yang segar seperti sayur yang ditanam sendiri tanpa pestisida, fungisida, herbisida ataupun insektisida. Juga makanan yang tidak ditambah bahan kimia. Penyedap rasa ataupun bahan pengawet (monosodium glutamate/ MSG). disamping makanan alamiah, juga makanan berkhasiat harus di utamakan, selain menghindari memakan bermacam-macam jenis makanan yang mengandung toksid.


Jaga kesihatan selalu!